Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2025

WMF

Imej
  WASHINGTON  – Dana Monumen Dunia (WMF) telah menambah Bulan ke dalam senarai tapak bersejarahnya yang terancam buat kali pertama, lapor portal berita RT semalam. Ia memetik risiko yang ditimbulkan oleh eksplorasi angkasa lepas komersial ke kawasan tapak pendaratan Bulan. “ Apabila era baharu penerokaan angkasa lepas muncul, peninggalan bersejarah pendaratan awal di Bulan menjadi terancam dan  menjejaskan simbol kekal pencapaian manusia secara kolektif. “Pada 20 Julai 1969, apabila misi Apollo 11 mendarat, 650 juta orang di Bumi menyaksikan manusia berjalan di permukaan Bulan buat kali pertama,” kata WMF di laman webnya. Angkasawan Apollo 11 meninggalkan 106 artifak di tapak pendaratan Tranquility Base termasuk modul pendaratan, instrumen saintifik dan bekas tapak but ikonik angkasawan Amerika Syarikat, Neil Armstrong. Menurut WMF, Tranquility Base ialah salah satu daripada lebih 90 tapak pendaratan dan mempunyai kesan bersejarah sebagai lokasi kehadiran manusia di permu...

Bulan sabit & Bintang Venus

Imej
  Malaysia – Kemunculan planet Venus yang selari dengan kedudukan bulan lewat petang semalam nyata memberi keterujaan kepada penduduk Bumi. Ramai saksi kejadian bulan sabit separa bersama bintang kecil muncul  Malah rata-rata pengguna di negara ini juga turut berkongsi momen indah itu di laman sosial masing-masing dan dakwa mereka fenomena itu akan lebih dekat dan jelas pada malam ini. Berdasarkan perkongsian di laman Kedah Kini semalam, fenomena tersebut jelas kelihatan oleh penduduk yang berada di Jitra. “Pandanglah ke langit malam ni (semalam), bulan dok elok bersinar, Venus pun dok terang sebelah dia. Dari Jitra, memang jelas nampak, lawa tak terkata,”tulisnya. Turut berkongsi momen indah tersebut adalah seorang pengguna dikenali sebagai Hadi Rasdi. “Momen seperti ini sangat istimewa! Bulan sabit bersama Venus yang terang di langit malam mencipta pemandangan yang memukau. “Menunjukkan keindahan alam semesta dan betapa kecilnya kita di tengah kebesaran ciptaan Allah. Momen ...