Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024

Agensi MYSA

Imej
  Parker Probe Solar 2018 PETALING JAYA – Bumi akan berada pada titik paling hampir dengan matahari pada 4 Januari 2025, yang disebut sebagai Perihelion. Planetarium Negara menerusi hantarannya memaklumkan, pada hari tersebut, bumi mengorbit matahari dalam laluan Elips.Jadi setiap tahun akan berlaku kejadian bumi di Perihelion. Info berkenaan bumi di Perihelion. “Bumi akan berada di titik perihelion pada 4 Januari 2025 (Sabtu) pada pukul 9.28 malam,” menurut perkongsian itu hari ini. Fenomena Perihelion berlaku setiap tahun pada 3 atau 4 Januari, manakala Aphelion pula iaitu kedudukan bumi berada paling jauh dari matahari kebiasaanya berlaku pada 3 atau 4 Julai setiap tahun. Fenomena Perihelion dan Aphelion tidak akan memberi sebarang kesan yang signifikan kepada penduduk di bumi. – KOSMO! Penulis  :  Nadzri Abdullah 

Roscosmos : Parker mission

Imej
  Florida : Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari. Melalui misi itu, perisai haba kapal itu terdedah kepada suhu mencecah 930 darjah Celsius. Dilancarkan pada Ogos 2018, kapal angkasa itu berada dalam misi selama tujuh tahun untuk mendalami pemahaman saintifik mengenai bintang dan membantu meramalkan perubahan cuaca angkasa yang boleh memberi kesan kepada kehidupan di bumi. Penerbangan bersejarah pada Selasa dijangka berlaku tepat pada jam 6.53 pagi (1153 GMT), walaupun saintis misi perlu menunggu sehingga Jumaat untuk pengesahan kerana komunikasi dengan kapal angkasa itu terputus selama beberapa hari akibat jaraknya yang terlalu dekat dengan matahari. Pegawai NASA, Nicky Fox, dalam satu video di media sosial, semalam memberitahu ketika ini Parker Solar Probe sedang terbang lebih dekat kepada bintang berbanding mana-mana objek lain. "Kapal itu berada pada jarak 6.1 juta kilometer (k...

NASA : Parker mission

Imej
Florida : Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari. Melalui misi itu, perisai haba kapal itu terdedah kepada suhu mencecah 930 darjah Celsius. Dilancarkan pada Ogos 2018, kapal angkasa itu berada dalam misi selama tujuh tahun untuk mendalami pemahaman saintifik mengenai bintang dan membantu meramalkan perubahan cuaca angkasa yang boleh memberi kesan kepada kehidupan di bumi. Penerbangan bersejarah pada Selasa dijangka berlaku tepat pada jam 6.53 pagi (1153 GMT), walaupun saintis misi perlu menunggu sehingga Jumaat untuk pengesahan kerana komunikasi dengan kapal angkasa itu terputus selama beberapa hari akibat jaraknya yang terlalu dekat dengan matahari. Pegawai NASA, Nicky Fox, dalam satu video di media sosial, semalam memberitahu ketika ini Parker Solar Probe sedang terbang lebih dekat kepada bintang berbanding mana-mana objek lain. "Kapal itu berada pada jarak 6.1 juta kilometer (km)...

Misi Angkasa China

Imej
Misi Shenzhou-18 China mendarat di stesen angkasa April 26, 2024 @ 9:09am Roket pengangkut Long March-2F yang membawa kapal angkasa Shenzhou-18 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan untuk misi kru ke stesen angkasa Tiangong China, berhampiran Jiuquan, wilayah Gansu, China. - Foto REUTERS JIUQUAN: Sebuah kapal angkasa yang membawa tiga angkasawan dari misi Shenzhou-18 China selamat mendarat di stesen angkasa Tiangong, hari ini. Misi terbaru itu adalah salah satu program angkasa lepas Beijing, China yang bertujuan menghantar angkasawan ke Bulan menjelang 2030. Anak kapal berkenaan berlepas dengan kapsul di atas roket Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, jam 8.59 malam waktu tempatan, semalam. Menjelang awal pagi tadi, kapal angkasa itu 'berjaya mendarat' di stesen angkasa, lapor agensi berita kerajaan Xinhua, memetik Agensi Angkasa Lepas China. BEIJING: Kapal angkasa China, Chang'e-6, berjaya mendarat di salah satu kawah yang paling jauh di bulan bagi...